Pilihan raya Sapawi_Ahmad

Selepas tiga tahun mengemudi BTN Sabah, Sapawi dicalonkan bertanding di DUN Sindumin dan menang dengan majoriti lebih 1,400 walaupun terdahulu DUN itu adalah kubu kuat USNO. Malah dia berjaya mengekalkan kerusi DUN itu selama tiga penggal.

Apabila BN menang di Sabah pada 1994, perlantikan negeri dibuat secara bergilir-gilir dan dia dilantik menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai.Kemudian tidak sampai setahun, Sankaran dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) menggantikan Datuk Seri Panglima Salleh Keruak (sekarang Speaker DUN Sabah) manakala Yong Teck Lee pula mengambilalih jawatan Ketua Menteri Sabah menggantikan Sakaran.

Pada 1996 Sapawi kekal Pembantu Menteri, kali ini kepada Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Selepas PRU 1998, jawatan Ketua Menteri bertukar tangan kepada Datuk Seri Panglima Osu Sukam selama dua tahun dan dia juga mengekalkan khidmat Sapawi.

Pada 2000 Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik Ketua Menteri Sabah yang baharu, dan dia  juga mengekalkan Sapawi.

Pada 2002 pula Sapawi dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Musa Aman (kini Ketua Menteri Sabah).

Pada PRU 2008 Sapawi menang di Parlimen Sipitang dengan majoriti hampir 7,000 undi mengalahkan  calon PKR, Haji Karim Kassim. Seterusnya menyandang jawatan Pengerusi Sabah Land Development Board (SLDB) pada tahun yang sama dan jawatan itu disandang sehingga sekarang.[2]